Bidang geog manusia mulai
wujud kerana ahli-ahli geografi terlalu beri tumpuan ke atas unsur semulajadi
(geomorfologi) sehingga mengabaikan lain-lain bidang yang terdapat dalam geog
khususnya tentang unsur manusia sebagai penghuni bumi.
Namun apabila ramai ahli-ahli daripada bidang-bidang sains yang
lain mula menceburkan diri dalam geografi, maka terdapatlah usaha-usaha untuk
meneroka bidang-bidang lain – ini termasuklah mereka yang berminat mengkaji
perhubungan di antara alam fizikal dengan alam manusia.
Maka kajian tentang hubungan di antara alam fizikal dengan manusia
dikenali sebagai geografi manusia.
Johnston (2001) telah
mendefinisi g. manusia sebagai “bahagian
disiplin geografi yang berkaitan dengan perbezaan kawasan dan organisasi
aktiviti-aktiviti manusia dan perhubungannya dengan persekitaran fizikal”.
Pada umumnya geo. manusia adalah berkaitan dengan manusia dalam
ruang.

No comments:
Post a Comment