Peringkat
revolusi di Perancis mempunyai 4 cabang utama yang membawa kemana arah tuju
revolusi tersebut. Susunan tersebut bermula dengan ‘The Moderat Stage’, ‘The Radical Stage’, ‘The Directory Stage’ dan
yang terakhir ialah ‘The Napoleonic Era’.
Revolusi perancis ini berlaku pada tahun 1789 sehingga 1795.[1] Peringkat Moderat ialah
peringkat pertama yang membawa kepada revolusi tersebut. Peringkat Moderat
bermula pada 1789 sehingga 1791. Bersifat kesederhanaan dalam perlembagaan yang
diketuai oleh Girondins. Beliau seorang yang memiliki bersifat ke arah
pembaharuan. Melihat keadaan rakyat yang telah dipaksa teruk oleh pemerintah
atas kehendak kepentingan sendiri, beliau mula mengorak langkah dalam membentuk
pembaharuan dengan menghapuskan sistem feudalisma. Semasa moderat mula memerintah
perancis dapat dilihat mengalami pelbagai perubahan yang berlaku. Negara
perancis mempunyai dewan parlimen yang ditubuhkan pada 1614 tetapi tidak pernah
bersidang sehinggalah pada 1 mei 1789 ( pertama kali ). Rakyat berharap raja
perbaiki keadaan rakyat. Sebelum tercetusnya revolusi ini, pelopor terkenal
yang berasal daripada golongan bijak pandai Robespierre dan Voltaire telah
berjaya menggunakan faktor revolusi Amerika pada 1775 telah memberi kesan
kepada pelopor nasionalis ini. Menggunakan faktor revolusi amerika, iaitu memperjuangkan
kebebasan. Robespierr dan Voltaire ini telah menyebarkan ideologi dan juga
fahaman kepada rakyat supaya menentang pemerintahan yang tidak adil. 90 peratus
daripada pendapatan negara adalah sumbangan daripada golongan ‘estate 3’. Revolusi
intelektual berlaku kepada 3 tahap sehingga membawa kepada kesedaran kepada
perubahan kuasa politik dan sosial 1789. Atas dasar intelektual ini maka
membawa kepada beberapa peringkat revolusi dalam negara perancis.
Antaranya
yang pertama ialah penawanan penjara Bastille pada 14 julai 1789. Pergeseran
ini berlaku antara orang awam dengan tentera. Ketegangan ini menyebabkan rampasan
senjata juga berlaku dan orang awam menyerang Bastille. Dari segi politik pula
kejatuhan penjara Bastille ini adalah suatu perkara penting dalam kalangan
orang awam, kerana tempat ini merupakan tahanan banduan politik ditahan.[2] Tahanan pro-pilitik berjaya
dibebaskan. Ini membuka peluang kepada rakyat mara kehadapan dalam menentang
kerajaan. Manakala ‘estate 2’ dan ‘estate 1’ mula meninggalkan perancis kerana
berasa takut dengan kemaraan rakyat.
Justeru
‘estate 3’ mula memboikot kepada tuan tanah dengan membakar surat perjanjian
dan tidak mahu membayar cukai kerana sistem feudalisme telah dihapuskan
serta-merta. Rakyat hidup dalam keadaan bebas daripada cengkaman ‘landlord’. Kedua
ialah perisytiharan Hak Manusia. Dewan kebangsaan memulakan tugasnya dengan
menubuhkan satu bentuk kerajaan bagi Perancis serta menggelarkan dirinya Dewan
Perlembagaan selepas 14 julai tersebut iaitu ‘National Assembly’pada 17 jun
1789. Menjelaskan situasi keadaan yang
berlaku kepada orang awam in merupakan satu faktor penting dalam revolusi bagi
seluruh manusia. Pengisytiharan ini menunjukkan bahawa bagaimana pengaruh
revolusi Amerika dan juga ajaran Rouseeau ke atas wakil-wakil. Robespeirre dan
Voltaire mengambil peluang ini dengan menyebarkan ideologi nasionalisme dalam
kalangan rakyat. Terutamanya ‘estate 3’, dengan menyatakan kepada mereka bahawa
rakyat adalah berkuasa penuh dalam menentukan pemerintah. Kuasa undang-undang
terletak kepada rakyat dalam membuat rang undang-undang negara. Pada masa yang
sama juga telah tertubuhnya satu ‘Perlembagaan’ bertulis pertama bagi negara
Perancis iaitu pada tahun 1791. Namun perlembagaan tersebut tidak dipersetujui
oleh Raja Loius kerana estate ketiga mengangkat ikrar di gelanggang tennis,
keadaan ini adalah kerana Raja Loius telah menghalang atau tidak membenarkan
estate ketiga ini memasuki dewan persidangan raja pada persidangan yang pertama
dulu. Dalam perlembagaan bertulis itu telah membenarkan rakyat perancis bebas bersuara.
Sebelum ini hanya golongan estate pertama dan kedua sahaja yang mempunyai hak bersuara dalam
kalangan masyarakat. Atas dasar baru yang diperkenalkan mereka ‘estate 3’ bebas bersuara sepertimana
estate lain mendapat keistimewaan. Sehubungan dengan itu pihak akhbar juga
mempunyai hak bebas dalam menyatakan pandangan atau kritikan.[3] Secara rasminya
perlembagaan bertulis itu telah menjadi satu rang undang-undang kepada negara
perancis pada tahun 1791. Mereka hanya mempunyai satu dewan sahaja dalam
melicinkan struktur pentadbiran. Tambahannya lagi dalam perlembagaan itu
menegaskan sistem raja berdasarkan raja berperlembagaan.
Manakala pada masa yang sama pula, Jacobins
telah memenangi kerusi dalam dewan perundangan pada pilihanraya seterusnya dan
membentuk kerajaan baru perancis, muncul kuasa politik yang baru iaitu golongan
Radikal pada tahun 1792 sehingga 1794. Golongan ini diketuai oleh Jacobins,
seorang pemikir politik, beliau mempunyai pengaruh yang tinggi dalam kalangan
masyarakat perancis. Semasa golongan moderat mengambil alih perancis pengaruh
jacobins mula tular dalam kalangan masyarat perancis dalam kelas pertengahan
sehingga kepada kelas bawahan. Pemikiran yang idealistik serta idealogi ke arah
perubahan radikal golongan ini berjaya mendapat tempat dalam kalangan hati
rakyat perancis. Peringkat radikal ini jika dilihat satu tahap yang agak kasar
dan juga ekstrem. Fahaman republik yang terkemuka juga menyertai golongan
radikal iaitu Robespierre dan Marat.[4] Golongan ini juga ingin
melakukan perubahan dalam menyusun semula susun lapis masyarakat perancis.
Perubahan yang dapat dilihat dalam peringkat radikal ini ialah yang pertama
terhapusnya sistem beraja. Sistem kuasa mutlak monarki dihapuskan secara
rasminya pada 21 sepetember 1792. ‘The radical stage’ terdiri daripada golongan
terpelajar borjuis. Golongan borjuis adalah golongan pertengahan menengah atas.
Pelopor idealisme di peringkat radikal ini telah menyebarkan dasar revolusi ke
negara lain. Bertujuan untuk menyatakan rakyat biasa mempunyai kuasa autoriti
yang boleh mencetuskan perubahan apabila ketua pemerintah berlaku tidak adil.
Peringkat radikal ini telah berjaya menubuhkan satu dewan parlimen. Parlimen
yang diberi nama ‘National Covention’. Kuasa politik yang dimainkan oleh
Jacobins adalah sangat radikal dan bertindak atas dasar kepentingan sendiri.
Namun
apabila peringkat ini mencapai tahap kejayaan, mereka berjaya menangkap Raja
dan permaisuri ke muka pengadilan. Raja dan Permaisuri cuba untuk melarikan
diri ke Verannes kerana ingin meninta bantuan raja Austria kerana pergolakkan yang
berlaku namun gagal dan dibawa semula ke paris. Pengikut jacobins mula
menyerang sesiapa yang berpihak kepada antirevolusi. Kesan penyerangan itu
telah menyebabkan 1000 tahanan mati dibunuh. Pencetusan radikal ini telah
mencapai satu tahap yang ganas. Raja dan
permaisuri dijatuhkan hukuman gantung
pada 21 januari 1793 setelah membuat pengakuan terhadap tuduhan-tuduhan yang
didakwa di dalam persidangan ‘National Covention’. Pada 1793 telah berlaku
perselisihan faham dalam dewan parlimen. Iaitu antara pihak Jacobins dan pihak
Girondins. Girondins bersama-sama pengikutnya ditahan serta merta, ekoran
tersebut dewan parlimen diambil alih semula oleh jacobins.[5] Tahap pencapaian ini telah
memaparkan satu sikap yang sangat ekstrem kepada perubahan yang ingin
dilakukan, sehinggakan telah mengorban ramai nyawa dan kerosakan harta awam.
Faktor kenaikkan harga roti turut mempercepatkan revolusi ini. Kepesatan aliran
telah memakan minda rakyat supaya bertindak dengan ganas sehingga mencapai satu
tahap kepuasan maksimum diri. Walupaun diperingkat awal telah dilihat
pembebasan rakyat daripada cengkaman pemerintah. Meletakkan diri sebagai
seorang yang bebas dan boleh melakukan apa saja menurut kehendak hati. ‘Committee
of public safety’ atau CPS mengambil peluang daripada perbalahan yang berlaku.
Mempunyai ahli seramai 12 orang sahaja. Di bawah pimpinan Robesspierre. CPS
mula mentadbir negara perancis. Sifat jacobins mula gila kuasa, diktaktor.
Manakala girondins dan pengikutnya mati dipancung. Semasa zaman ‘moderate’
metadbir, ramai rakyat yang mati semasa pimpinan ‘moderate’. Sifat tamak dan
gila kuasa mula kuasai diri jacobins, dalam masa yang sama juga jacobins mula
melakukan pengkhianatan politik dengan menjatuhkan robespierre. Peringkat
radikal ini hanya bertahan selama 2 tahun sahaja. Kerana sikap jacobins itu
sendiri telah memakan dirinya dan akhirnya beliau mati dipancung.
Jelas
perbandingan yang dapat dihuraikan adalah mereka yang ingin membuat perubahan kerana
untuk memaksimumkan kesaksamaan raykat daripada sikap Raja yang tamak dan hanya
pentingkan kepuasan sahaja. Kedua-dua peringkat revolusi ini berjaya membawa
kepada kebebasan rakyat daripada diktaktor. Namun kebebasan ini juga telah
membawa rakyat kepada satu arah yang libereal berjaya menghapuskan satu sistem
lama iaitu sistem ekonomi bersifat feudalisma. Ramai golongan kesedaran telah
melalui zaman Terror dengan menanggung penderitaan atau terpaksa berjuang
bermati-matian untuk tidak menjadi mangsa kepada luahan benci para
revolusioner. Perbezaan peringkat perjuangan ini adalah kesan daripada
nasioalis iaitu masing-masing memperjuangkan matlamat yang berbeza. Perubahan
kesedaran politik ini telah berjaya meletakkan rakyat sebagai pusat kuasa dalam
membentuk gagasan, dalam membina negara ke arah negara bangsa. Walaupun
perubahan ini bukan sepenuhnya daripada pengaruh idea-idea nasionalis dan bukan
daripada kesinambungan matlamat perjuangan.[6]
[1]
Herbert L. Peacock M.A. History Of Modern
Europe 1789-1970.Terjemahan Amri Hasbullah.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Kemeterian Pelajaran Malaysia.Kuala
Lumpur.1976.
[2]
Qasim Ahmad. Eropah Moden.Dewan
Bahasa Dan Pustaka.Kuala Lumpur. 1985.
[3]
Zaidah Othman. Sejarah Eropah Moden.
Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur. 1971.Bab 2.
[4]
Crocker dalam Qasim Ahmad. Pemikiran Kesedaran: Satu Garis Pemisah
Revolusioner. Dalam Karya
Sejarah:
Pendekatan dan Persoalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1991, hlm
75.
Dalam Karya
Sejarah: Pendekatan dan Persoalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
1991, hlm 75.
[6]
Jebat: Malaysian Journal of History, Politics, & Strategic Studies, Vol. 37
(2010): 122 - 152
@ School of History, Politics & Strategic Studies,
UKM.
No comments:
Post a Comment