Dasar
campur tangan Inggeris di Tanah Melayu telah bermula di Perak pada tahun 1874
dengan termenterainya Perjanjian Pangkor, diikuti oleh Selangor,Sungai Ujong
dan Pahang. Dengan ini bermulalah era perluasan British di Tanah Melayu
sekaligus mengubah corak sistem pentadbiran masyarakat tempatan, politik,ekonomi
dan sosial. Dasar campur tangan ini adalah untuk meluaskan kepentingan pihak
British di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan British di Tanah Melayu 1874,
pentadbiran Tanah Melayu bersifat tradisional. Pentadbiran politik Tanah Melayu
lebih bertunjangkan kepada kedudukan Raja atau Sultan. Raja atau Sultan
meruakan ketua tertinggi dalam sistem pentadbiran politik Tanah Melayu. Di
setiap negeri-negeri di Tanah Melayu mempunyai Raja atau Sultan yang memerintah
mengikut caranya sendiri dalam mentadbir kawasan jajahan serta rakyat. Rakyat
pada masa itu sangat patuh kepada Raja atau Sultan. Raja atau Sultan dipilih
melalui kenaikkan tahta apabila Sultan sebelumnya mangkat. Atau lebih senang
dikatakan sistem giliran. Anak raja atau sultan akan menggantikan tahta
kerajaan. Pergelutan atau pergaduhan
yang berlaku dalam kalangan keluarga kerabat diraja telah berjaya mengundang
kedatangan British di Tanah Melayu. Pergaduhan yang berlaku biasanya ialah
perebutan tahta kerajaan.
Pada
abad ke- 19 krisis politik kian memuncak ke atas ekoran perebutan tahta dalam
kalangan kerabat diraja masing-masing. [1] ketegangan ini adalah
disebabkan oleh faktor perang saudara yang semakin berlarutan, dek kerana tiada
jalan penyelesaian yang dapat dipersetujui dalam kalangan kerabat diraja. Lebih
rumit apabila keadaan yang kritikal ini telah dicampur tangan oleh golongan
kongsi gelap yang semakin popular di Tanah Melayu menjelang abad ke - 19. Perang
saudara merebut tahta kerajaan dan kawasan antara pembesar-pembesar Melayu
adalah perkara yang sering terjadi. Contoh situasi di Perak. Perak mengamalkan
sistem perlantikan Sultan berasaskan kepada giliran. Sejak awal abad ke-19 lagi
Perak telah mengalami krisis dalam hal ehwal politik. Pada zaman pemerintahan
Sultan Abdullah Muazzam Shah ( 1818-1830 ) , Perak telah mengamalkan sistem
giliran yang meliputi 3 anggota keluarga
diraja sahaja. [2]
Bagaimanapun kaedah ini tidak dapat menyelesaikan sengketa yang berlaku. Ada
beberapa syarat yang perlu diikuti dalam pemilihan Sultan secara mutlak,
seperti mendapat persetujuan daripada pembesar-pembesar istana dan waris
tersebut haruslah menghadirkan diri semasa upacara permakaman Sultan.
Perebutan
tahta yang berlaku dalam sejarah Kesultanan Perak ini apabila Sultan Ali
mangkat pada 1871, Sultan Abdullah gagal menghadirkan dirinya di tempat
permakaman ayahandanya, kerana beliau sedang menghadapi masalah peribadi.
Beliau telah selisih faham dengan isterinya Raja Tipah, Raja Tipah telah
dilarikan oleh kaum kerabat dari Selangor. Daripada masalah ini beliau malu
untuk hadirkan diri di Sayong.[3] Namun ekoran kegagalan daripada
itu Sultan Abdullah tidak dilantik menjadi Sultan Perak malah dilantik menjadi
Raja Dihilir sahaja. Kuasa pengaruh politik Ngah Ibrahim pada masa itu sangat
kuat dan melantik menteri Larut Sultan Ismail menjadi Sultan Perak yang sah.
Kekayaan bahan mentah di Larut itu telah berjaya memperluaskan pengaruh politik
Ngah Ibrahim. Perpecahan ini telah membuka peluang kepada pihak British datang
ke Tanah Melayu.
Sultan
Abdullah menulis surat kepada pihak British iaitu kepada Sir Andrew Clarke dan
menceritakan perihal yang berlaku dalam keluarga kerabat diraja Perak. Sir
Andrew Clarke menggunakan permasalahan yang melanda Sultan Abdullah tersebut
sebagai satu faktor untuk memperluaskan dasar British dan menjaga
kepentingannya. Raja Muda Ali dan Raja Abdullah ( anakanda Sultan Jaafar)
berebut-rebut mahu menjadi Sultan.[4] Maka termeterailah
Perjanjian Pangkor yang ditandatangani oleh Sultan Abdullah di atas kapal pluto
pada tahun 1874. [5]
Ini adalah satu penyebab utama pihak
British datang ke Tanah Melayu dan bergiat secara aktif di negeri-negeri
Melayu.
Seterusnya
pihak British berjaya memperluaskan dasar imperialisme ke negeri-negeri Melayu.
British berjaya campur tangan di atas permasalahan yang terjadi secara tidak
langsung seterusnya mengubah dasar sistem politik Tanah Melayu yang bersifat
tradisional kepada sistem Residen. Campur tangan di Perak merupakan saingan
kepada kerajaan Belanda dalam memperluaskan dasarnya di Tanah Melayu pada abad
ke-19, Belanda pada masa itu berpusat di Melaka. Setelah Perjanjian
Inggeris-Belanda 1824 British berjaya menawan Melaka. Kuasa barat cuba
memonopolikan perdagangan di Tanah Melayu.[6] Beralih kepada negeri
Selangor pula, era pemerintahan Sultan Muhammad pada 1875. Lukut merupakan
sebuah kawasan yang kaya dengan bijih timah. Dipelopori oleh pembesar Melayu dan
juga pembesar Cina. Kepesatan dan keuntungan bijih timah iu telah menimbulkan
rasa tidak puas hati kepada pembesar Cina. Raja Busu merupakan pelombong timah
yang mati dibunuh oleh pembesar Cina pada 1834[7] kerana berjaya memajukan
perusahan timah. Disini telah nampak perebutan kuasa dalam kalangan kelas
atasan sesama mereka. Namun pergaduhan ini juga melibatkan golongan pembesar
istana. Kemangkatan Sultan Muhammad juga telah menyebabkan dua pihak sesama
kerabat diraja bergaduh untuk perebutan kerajaan tahta iaitu antara Raja Muda
Muhammad dengan Raja Abdul Samad. Persengketaan antara mereka ini adalah
singkat dan Raja Abdul Samad berjaya menyingkirkan Raja Muda Muhammad.
Tetapi
masih lagi ada perasaan tidak berpuas hati dalam kalangan kerabat diraja
tersebut. Raja Abdullah mula memungut cukai perdagangan terhadap Raja Mahadi
sedangkan Raja Mahadi adalah daripada golongan kerabat diraja Selangor. Raja
Mahadi tidak berpuas hati atas tindakan Raja Abdullah dan membuat pakatan untuk
menyingkirkan Raja Abdullah. Tindakan ini telah menggangu perdagangan timah dan
menyebabkan kerugian besar dalam kalangan mereka. Keadaan politik di Selangor
bertambah rumit apabila campur tangan daripada kerabat diraja kedah iaitu
Tengku Kudin. Raja Mahadi yang dahagakan sokongan daripada pembesar kelas
atasan berjaya melancarkan perang saudara dan Raja Mahadi berjaya menguasai
kawasan Selangor semula pada bulan Julai 1870.[8] Pada tahun yang sama juga telah tercetus Perang Kelang antara Tengku Kudin dengan
Raja Mahadi. Persaingan sengit antara mereka ini telah membuka jalan sekali
lagi kepada British untuk datang campur tangan. Sir Andrew Clarke mengambil
kesempatan di atas pergaduhan ini untuk memperluaskan dasar Inggeris dengan
menyokong Tengku Kudin. Dengan bantuan British juga Perang Kelang dapat dihentikan. Pihak Inggeris mula bertindak
kerana masalah yang dihadapi di Tanah Melayu telah mula membuat British
menanggung kerugian yang besar dalam perdagangan. Permasalahan yang berlaku di
Selangor adalah disebabkan perebutan kawasan Daerah Kelang. Keadaan ini
berlarutan sehinggakan pembesar-pembesar Inggeris di Tanah Melayu terpaksa meminta bantuan Inggeris di London
datang menyelesaikan masalah demi untuk menjaga kepentingan mereka di Tanah
Melayu.
Secara
tidak langsung pihak Inggeris telah membuat dasar campur tangan di seluruh
negeri-negeri yang ada di Tanah Melayu.
Jika dilihat daripada kronologi yang berlaku dalam sejarah Tanah Melayu,
pembesar-pembesar itu sendiri yang mencetus perbalahan dalam kalangan mereka
disebabkan sikap tiada toleransi dalam pentadbiran. Sikap tamak juga yang
mendorong sesorang itu bersifat tidak adil semasa menjalankan tugasnya. British
pula sememangnya menunggu peluang keemasan dalam memperluaskan dasar-dasarnya
dan menjaga kepentingan pangkalan British yang mula menapak di Tanah Melayu
pada abad ke-19. Tanah Melayu yang pada masa itu kaya dengan hasil bahan mentah
dan British sangat-sangat memerlukan satu aset untuk memperkukuhkan perdagangan
mereka selepas tercetusnya revolusi di Perancis. Revolusi perindustrian yang
berlaku telah mengubah arah British mencari tempat atau kawasan yang kaya
dengan bahan mentah untuk memperluaskan pasaran mereka.
BIBILIOGRAFI.
1. Buyong
Adil, Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1985.
2. Khoo
Kay Kim, Bandar Klang: Perkembangan 1870-1941. Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. Selangor. 1990.
3. Mohd
Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur : Utusan Publications
& Distributors Sdn Bhd, 2002.
4. Mohd
Sarim Hj Mustajab, Klang 1890-1990 : Sejarah Dan Pentadbiran. Pejabat Daerah
Klang kerjasama UKM. Selangor. 1990.
[1]
Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia
1800-1963, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd 2002, kuala
Lumpur. Hal 48.
[2]
Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia
1800-1963, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd 2002, kuala
Lumpur. Hal 49.
[3]
Buyong Adil, Perjuangan Orang Melayu
Menentang Penjajahan Abad 15-19, Dewan Bahasa Dan Pustaka 1985, Kuala
Lumpur. Hal 152.
[4]
Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia
1800-1963, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd 2002, kuala
Lumpur. Hal 53.
[5]
Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia
1800-1963, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd 2002, kuala
Lumpur. Hal 73.
[6]
Khoo Kay Kim, Bandar Klang: Perkembangan
1870-1941, UKM Bangi 1990. Selangor. Hal 73.
[7]
Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia
1800-1963, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd 2002, kuala
Lumpur. Hal 55.
[8]
Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia
1800-1963, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd 2002, kuala
Lumpur. Hal 57.
No comments:
Post a Comment