Pembangunan lestari bermaksud pembangunan
yang memenuhi keperluan semasa tanpa memusnahkan atau memperjudikan keperluan generasi akan datang
(Bruntland Report, 1987).
Kelestarian merupakan satu paradigma pemikiran
masa depan (futuristik) dengan aspek-aspek keseimbangan persekitaran, sosial dan ekonomi diambil kira dalam merancang pembangunan
dan penaik taraf dan kualiti kehidupan.
Pembangunan lestari adalah suatu pembangunan yang dijalankan
bagi memenuhi keperluan pada masa kini tanpa mengorbankan keperluan pada
masa akan datang. (Banyak lagi akan dibincang dalam sidang video lepas intensif
nanti tentang konsep pembangunan lestari).
LIHAT KE BELAKANG SEBENTAR – PERSPEKTF SEJARAH
KEMUNCULANNYA
Masalah
pembangunan dan alam sekitar telah lama berlaku, namun mula mendapat perhatian
dalam persidangan alam sekitar dan pembangunan bangsa-bangsa bersatu di Rio de
Jenerio pada 1992.
Namun
begitu dalam bidang geografi pertalian manusia-alam sekitar bukanlah merupakan
isu baru.
Cuba
renung kembali aliran pemikiran environmental determinisme dan possiblisme.
Harlan
barrow (ahli geografi) pernah menyentuh isu pemuliharaan alam sekitar pada awal
kurun ke 20 lagi.
Sehubungan
itu pemuliharaan alam sekitar telah menjadi isu penting dalam pembangunan –
pembangunan yang tidak terkawal telah membawa berbagai masalah-masalah
pembangunan –
Ini
berpunca daripada perbuatan manusia – kemusnahan ekosistem, penebangan hutan
yang berlebihan yang diancam kepupusan sumber.
Konsep
pembangunan lestari atau mapan (sustainable development) kini begitu popular
sebagai slogan pembangunan antarabangsa dan juga setempat. penekanan pembangunan mapan ialah pembangunan
yang memenuhi keperluan generasi akan datang.
Dari
segi pembangunan ekonomi, pembangunan
lestari akan mengambilkira kesannya ke atas alam sekitar agar tidak
mengakibatkan kerosakan yang tidak boleh dipulihkan.
Soal-soal
conservation (pemuliharaan) dititikberatkan.
pembangunan mapan menekankan kepada unsur-unsur
Strategi Dalam Melaksanakan
Pembangunan Lestari : Apakah cara caranya:
1. Mengadakan
program kitar semula
yang dapat memainkan peranan yang
penting dalam menyokong dasar strategik kerajaan bagi pengurusan alam sekitar
dan sumber semula jadi yang mapan dan lestari.
Program ini
bertujuan untuk mengurangkan intensiti pencemaran
dan sisa daripada aktiviti pembandaran dan perindustrian, di samping memastikan
alam sekitar bersih dan sihat supaya dapat memenuhi keperluan dan aspirasi
rakyat.
Amalan kitar
semula boleh dijalankan di peringkat nasional, kawasan, komuniti, serta
individu. Oleh itu, kejayaan program kitar semula banyak bergantung kepada
kerjasama yang erat dalam kalangan semua pihak.
Justru program
kitar semula dapat mencapai pembangunan yang lestari, berkualiti dan seimbang.

2. Galakkan menggunakan petrol
tanpa plumbum bagi kenderaan bermotor.
Mencari alternatif selain minyak juga adalah penting bagi tujuan
mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar.
Sudah ada usaha ke arah menghasilkan minyak enjin biomass daripada
tumbuh-tumbuhan sedang giat dijalankan.
Ahli sains telahpun menemukan sejenis minyak daripada kelapa sawit yang
boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa menjejaskan kecekapan enjin.
Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baharu untuk dipastikan sama ada
praktikal ataupun tidak namun penemuan ini patut dijadikan satu titik permulaan
bagi meningkatkan usaha kita ke arah mencapai konsep pembangunan lestari.
Oleh itu, penggunaan petrol tanpa plumbum turut membantu dalam
melaksanakan pembangunan lestari.
3. Adakan hukuman
terhadap individu atau organisasi yang telah didapati bersalah
memusnahkan alam sekitar semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.
Pihak berwajib seperti Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar
wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk menghukum pihak-pihak
yang berkenaan. Perlu ada Ketegsan dalam
mengenakan hukuman terhadap pihak yang merosakkan alam sekitar.
4. Bermula diperingkat awal. Pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada
murid-murid sekolah.
Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah
pengekalan alam yang sejahtera.
Satu kurikulum yang khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik
dapat dilaksanakan. Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-mata pelajaran
lain dan boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus.
Hal ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran secara lebih berkesan.
Murid sekolah khususnya yang belajar di sekolah rendah wajar didedahkan
dengan pengetahuan tentang alam sekitar dengan lebih sistematik.
Jika sejak kecil mereka diberikan pendedahan sedemikian, mereka akan
berasa lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar apabila mereka dewasa.
No comments:
Post a Comment